Program Vaksinasi Di Rumah Edwin, 27 Penduduk Terima Vaksin COVID0-19

JUMAAT, 9 JULAI 2021

SEBAUH: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Daerah Sebauh telah diadakan Rumah Edwin Sungai Sujan Sebauh pada Khamis. 

Sebanyak 27 dos vaksin COVID-19 telah berjaya diberikan kepada penduduk rumah panjang itu yang merupakan penerima dos pertama berumur 18 tahun ke atas. 

Sepanjang proses vaksinasi, setiap penduduk yang layak mengikuti setiap arahan dan proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment