Rubiah Wang Sempurnakan Penyerahan Sumbangan Melalui Program Ziarah UKAS Di DUN Muara Tuang

JUMAAT, 9 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN : Sebanyak 20 buah kampung melibatkan 50 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf akan menerima bantuan bersempena Program Ziarah UKAS Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Simbolik penyerahan bantuan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang kepada wakil penerima, bertempat di Rumah Rehat Pejabat Daerah Samarahan, pada Jumaat.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Niup, Kampung Bangka Semong, Kampung Tanjung Tuang, Kampung Naie Lama, Kampung Nakong, Kampung Murud Plaman, Kampung Plaman Baki, Kampung Sungai Bandung, Kampung Pinang, Kampung Muara Tuang, Kampung Pati, Kampung Entingan, Kampung Nangka, Kampung Sebayor, Kampung Mangka, Kampung Melaban, Kampung Rembus, Kampung Jegoi, Kampung Raeh dan Kampung Tanjung Bundong Tradisi.

Rubiah menzahirkan penghargaan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) atas bantuan yang diberikan bagi membantu mengurangkan tekanan penduduk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha membantu kos sara hidup masyarakat setempat. -EDISI UKAS

Share
0

add comment