Seramai 8,500 Orang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di PPV Majma

JUMAAT, 9 JULAI 2021

KUCHING: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih berjalan dengan lancar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid Dewan Majma atau dikenali sebagai PPV Majma yang merupakan hari ke-10 pada Jumaat.

Menurut Pengurus Projek PPV Majma, Mildred Voon memberitahu, seramai 7,300 orang hadir bagi menerima suntikan vaksin dos pertama dan seramai 1,200 orang lagi hadir bagi melengkapkan suntikan vaksin dos kedua di PPV tersebut setakat Khamis.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada para petugas yang memberikan komitmen menjalankan tugas dengan sebaiknya untuk memastikan PPV Majma kekal efisien dan selesa.

Manakala salah seorang sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Michael Soo berharap agar semua pihak memberikan kerjasama mendapatkan vaksinasi secepat yang mungkin.

Dalam pada itu, salah seorang penerima vaksin, Zakiah Bujang menzahirkan rasa syukur beliau bagi penerimaan dos pertama. –EDISI UKAS