14,315 Penduduk Di Daerah Beluru Telah Terima Vaksin COVID-19

SABTU, 10 JULAI 2021

BELURU: Seramai 14,315 penduduk di Daerah Beluru telah menerima vaksin COVID-19 setakat Sabtu.

Daripada jumlah itu, 10,166 penduduk telah menerima vaksin dos pertama dan 4,149 penduduk lagi telah menerima vaksin dos kedua.

Sementara itu, tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru pada Sabtu seramai 732 penduduk hadir dan melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Sinovac. 

Proses pemberian vaksin berjalan lancar atas dengan bantuan kakitangan Pejabat Daerah Beluru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan MYVac dan agensi-agensir lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment