1,995 Telah Terima Suntikan Vaksin di PPV Dewan Sri Pantu

SABTU, 10 JULAI 2021

SRI AMAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan selama tujuh hari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu telah memberi suntikan dos kedua kepada seramai 1,995 orang setakat Jumaat.

Seramai 285 lagi menerima dos kedua dan lebih 100 orang pula menerima dos pertama jenis Sinovac pada Jumaat yang merupakan penerima datang secara ‘walk-in’ dan tercicir.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkesempatan melakukan lawatan ke PPV tersebut bagi melihat sendiri kelancaran proses pemberian vaksin di situ.

Berdasarkan tinjauan, anggota Polis, RELA dan JPAM turut ditugaskan bagi membantu para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan dan garis panduan SOP dipatuhi sepenuhnya.-EDISI UKAS

Share
0

add comment