320 Penduduk Pentik, Engkilili Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua

SABTU, 10 JULAI 2021

ENGKILILI: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Engkilili diteruskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Johnical Rayong Skim Skrang.

Seramai 320 orang penduduk di kawasan Pentik menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Sinovac di PPV tersebut.
Setakat Sabtu, seramai 759 penduduk telah menerima suntikan vaksin dos kedua sejak 8 Julai lepas.

Dalam pada itu, penerima vaksin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha melakukan program imunisasi ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – EDISI UKAS

Share
0

add comment