48 Rumah Panjang Terima Agihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Baleh

SABTU, 10 JULAI 2021

BALEH: Pejabat Daerah Bukit Mabong menyerahkan 1,063 bungkusan bantuan makanan kepada penduduk di kawasan DUN Bukit Mabong pada Jumaat.

Bantuan makanan tersebut adalah daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong untuk diagihkan kepada 48 buah rumah panjang di kawasan tersebut.

Penyerahan bantuan makanan disampaikan oleh Pegawai Daerah Bukit Mabong, Douglas Pungga.

Pihak daripada Pusat Khidmat DUN Baleh dan Pusat Khidmat Hulu Rajang turut membantu mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk yang terlibat. –EDISI UKAS

Share
0

add comment