ADUN Simunjan Sumbang Makanan Buat Keluarga Jalani Kuarantin Di Sadong Jaya

SABTU, 10 JULAI 2021

SADONG JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris melalui Pusat Khidmat DUN menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk kampung yang dikuarantin di Kampung Rangkang dan Kampung Rangawan, Sadong Jaya pada Jumaat.

Ia melibatkan lebih kurang 50 orang daripada 9 buah keluarga iaitu 7 keluarga dari Kampung Rangkang dan 2 keluarga dari Kampung Rangawan.

Sumbangan bantuan makanan tersebut telah diserahkan oleh Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen bersama Ketua Kaum Kampung Rangkang, Shakawi Razali dan Ketua Kaum Kampung Rangawan, Tegak Matnor.

Bantuan tersebut adalah susulan daripada arahan kuarantin di rumah kepada keluarga tersebut yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif di Daerah Asajaya baru-baru ini.

Penduduk kampung yang dikuarantin merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat itu termasuk pihak bertanggungjawab yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment