Dato Sri Nancy Sempurnakan Simbolik Penyerahan Bantuan Makanan Bagi DUN Gedong

SABTU, 10 JULAI 2021

GEDONG: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri telah menyempurnakan simbolik Program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, pada Jumaat.

Bantuan makanan menerusi pengumpulan derma peribadi yang diuruskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diserahkan kepada Penghulu Zon Gedong Proper, Abang Ronee Abang Saadli dan Tuai Rumah Kampung Spaoh Gedong, Jeram Mikai, bertempat di Anjung Usahawan Gedong.

Menurut Dato Sri Nancy, pengagihan akan dilaksanakan secara berperingkat kepada golongan yang benar-benar memerlukan mengikut senarai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Parlimen Batang Sadong.

“Selain daripada peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, kita juga ada menerima derma daripada peribadi”

“Kita gunakan untuk pengagihan bekalan makanan kepada golongan asnaf mengikut senarai daripada Jabatan Kebajikan untuk Parlimen Batang Sadong, sebelum disampaikan kepada YADIM,” jelasnya dalam sidang media selepas menyempurnakan simbolik penyerahan tersebut.

Tambahnya, peruntukan dibawah Kerajaan Persekutuan kepada setiap Ahli Parlimen bernilai RM300,000 pula akan diagihkan kepada seramai 4,800 isi rumah termasuk penerima E-Kasih dari DUN Gedong dalam masa terdekat.

“Jadi kita tidak mahu ada pertindihan. Kita akan mengagihkan lagi menggunakan peruntukan dibawah Persekutuan”

“Ini adalah kerana kerjasama kita bersama ADUN dan kita kongsikan kos itu supaya lebih ramai yang menerima. Kalau dikira seorang sahaja ADUN dan Ahli Parlimen memberi secara individu memang tidak mencukupi, jadi untuk kita membantu keseluruhan rakyat, kita perlu bekerjasama,” tambahnya.

Hadir sama, Setiausaha Politik beliau,Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie, Residen Bahagian Samarahan,Ibrahim Lumpu serta Pegawai Daerah Simunjan,Abdul Khalid Manap. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia