Giliran DUN Simunjan Terima Bantuan Bekalan Makanan

SABTU, 10 JULAI 2021

SIMUNJAN : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri menyempurnakan simbolik Program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan,pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris juga menyaksikan simbolik  penyerahan sumbangan yang diuruskan oleh pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) daripada penyumbang peribadi sebanyak 154 pek makanan untuk DUN Simunjan dan 380 pek lagi untuk Batang Sadong.

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri melalui sidang media di Rumah Rehat Sri Simunjan berkata, sebelum ini telah ada penyerahan bekalan makanan dari ADUN ke setiap rumah untuk setiap DUN di bawah Parlimen Batang Sadong.

Katanya, pengagihan bantuan sentiasa dilaksanakan sepanjang pandemik COVID-19 dan setiap rakyat terutamanya golongan yang benar-benar memerlukan tidak akan terlepas menerima manfaat daripada bantuan tersebut.

Hadir sama, Pegawai Daerah Simunjan,Abdul Khalid Manap dan Pengarah YADIM Negeri Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat. -EDISI UKAS

Share
0

add comment