Operasi Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank Di Daerah Kecil Padawan Bermula Isnin Ini

SABTU, 10 JULAI 2021

KUCHING: Agrobank merupakan salah satu daripada beberapa buah bank yang mengambil inisiatif dalam menyediakan perkhidmatan bank bergerak ke kawasan luar bandar di Sarawak.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank akan memulakan operasinya secara rasmi pada 12 hingga 16 Julai 2021 bermula jam 10 pagi hingga 3 petang di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Padawan, KM 41, Jalan Borneo Height, Kuching.

“Perkhidmatan bank bergerak ini akan diadakan selama 5 hari bermula Isnin, 12 Julai meliputi kawasan Padawan hingga Tebedu. 

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan Automated Teller Machine (Mesin ATM), kaunter pembukaan akaun dan debit kad, dan promosi produk Takaful Kasih Plus,” katanya. 

Sehubungan itu, penduduk di sekitar kawasan Padawan hingga Tebedu boleh datang menggunakan Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank yang merupakan satu inisiatif bersama Kerajaan Sarawak dan Agrobank untuk memudahkan urusan perbankan penduduk di luar bandar Sarawak. -EDISI UKAS

Share
0

add comment