Penduduk Daerah Trusan Nekad Lengkapkan Pengambilan Suntikan Vaksin COVID-19

SABTU, 10 JULAI 2021

TRUSAN: Seramai 400 penduduk di Daerah Trusan hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Trusan bagi melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat. 

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) seawal jam 7 pagi lagi, penduduk yang telah mempunyai temu janji telah hadir ke PPV ini bagi mendapatkan vaksin dos kedua jenis Sinovac. 

Kehadiran penduduk yang mengikut temu janji ini menunjukkan mereka mengikuti arahan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan nekad melengkapkan pengambilan suntikan vaksin COVID-19. 

Proses vaksinasi berjalan lancar apabila penduduk yang hadir datang mengikut masa temu janji yang ditetapkan dan mematuhi arahan serta garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment