Penduduk Kampung Tematu Jalani PKPD Terima Bantuan Makanan

SABTU, 10 JULAI 2021

KUCHING: Penduduk Kampung Tematu yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) telah menerima sumbangan bantuan makanan.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan daripada Try Me Confectory Sdn Bhd yang mana mereka telah menyumbangkan sebanyak 200 bungkus roti kepada para penduduk kampung itu.

Penyerahan bantuan makan tersebut telah dilakukan oleh penderma kepada Ketua Kaum kampung Tematu, Geofry Tahang dan JKKK Kampung Tematu yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Khere Chiang dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma atas sumbangan makanan kepada penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan PKPD.-EDISI UKAS

Share
0

add comment