Program ‘Outreach’ Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Ke Kawasan Pendalaman, Rumah Nawie, Semulong Ulu

SABTU, 10 JULAI 2021

SRI AMAN: Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sri Aman telah menjalankan Program ‘Outreach’ Imunisasi Kebangsaan COVID-19 ke kawasan pendalaman iaitu di Rumah Nawie, Semulong Ulu pada Sabtu.

Program yang bermula pada jam 8 pagi hingga jam 10.30 pagi itu telah memberi suntikan kepada seramai 30 orang penduduk di rumah panjang tersebut.

Selain itu, program ‘outreach’ turut dijalankan di semua kawasan rumah panjang di bawah kaki Bukit Lesung.

Pasukan program ‘outreach’ tersebut juga meneruskan pemberian suntikan pada sebelah tengah hari ke Semulong Ili.

Dalam pada itu, anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut ditugaskan bagi mengawal keselamatan untuk memastikan SOP dipatuhi dengan betul.-EDISI UKAS

Share
0

add comment