Pusat Khidmat Padungan Agih 30 Set Bantuan Bekalan Makanan BKKSS 6.0

SABTU, 10 JULAI 2021

KUCHING: Pusat Khidmat Padungan telah mengagihkan sebanyak 30 set bantuan bekalan makanan di Kafe Jolibee pada Sabtu.

Bantuan tersebut merupakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0 daripada kerajaan Sarawak khusus untuk rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di bawah B40 atau individu yang tidak lagi bekerja.

Para penerima menzahirkan rasa syukur dan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas bantuan yang diberikan.-EDISI UKAS

Share
0

add comment