Rubiah Wang Serah RM285,000 Kepada 29 Pertubuhan Di Daerah Samarahan

SABTU, 10 JULAI 2021

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang menyerahkan geran peruntukan khas berjumlah RM285,000 kepada 29 buah pertubuhan bagi kawasan Daerah Samarahan pada Jumaat.

Beliau memberitahu peruntukan tersebut adalah untuk membolehkan pertubuhan yang terlibat menjalankan aktiviti sokongan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Peranan pertubuhan atau persatuan bukan sahaja untuk lingkungan mereka sahaja bahkan perlu diperluaskan dalam membantu masyarakat setempat dengan memastikan pertolongan diberikan dengan kadar segera kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penerima geran khas tersebut untuk bertindak secara proaktif dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat sekeliling terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – EDISI UKAS

Share
0

add comment