Seramai 120 Orang Penduduk Kampung Bako Hilir Lengkap Suntikan Vaksin COVID-19 Dos Kedua

SABTU, 10 JULAI 2021

BAKO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Bako.

Beliau memaklumkan, seramai 120 orang penduduk Kampung Bako Hilir melengkapkan suntikan vaksin dos kedua COVID-19 pada Jumaat.

Jelasnya, proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan kerjasama yang baik daripada penduduk dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, penerima vaksin ketika ditemui berasa bersyukur dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha melaksanakan program vaksinasi tersebut. –EDISI UKAS

Share
0

add comment