SOP Masjid Bahagian Kuching Dikawal Ketat

SABTU, 10 JULAI 2021

KUCHING : Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak baru-baru ini, jumlah jemaah yang ditetapkan dan dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid adalah 200 jemaah.

Tinjauan UKAS di Masjid Bahagian Kuching pada Jumaat mendapati, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) amat ditekankan oleh kakitangan masjid  kepada setiap individu yang hadir, disamping penjarakan fizikal dan pergerakan keluar serta masuk masjid sentiasa diperhati dan dikawal ketat.

Setiap jemaah diwajibkan untuk memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri, termasuk mencatat nama dalam buku kehadiran yang disediakan selepas mengimbas suhu badan.

Kemudian, setiap jemaah akan diberikan nombor bagi memastikan jumlah kehadiran tidak melebihi had dan nombor tersebut juga digunakan sebagai tanda yang sudah ditetapkan untuk ruangan solat.

Keseluruhan pemantauan sepanjang solat jumaat dilaksanakan amat memuaskan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment