Sri Minyak Tenaga Sdn. Bhd. Anjur Program Bank Makanan Komuniti Bantu Golongan Terjejas

SABTU, 10 JULAI 2021

SIBU: Sri Minyak Sdn. Bhd. menganjurkan Program Bank Makanan Komuniti atau ‘Community Food Bank’ bertempat di Stesen Petrol Gorgeous Trading Sdn. Bhd pada Jumaat.

Program tersebut adalah merupakan sumbangan bantuan makanan daripada Sri Minyak Sdn. Bhd. dan orang awam bagi membantu golongan yang memerlukan menghadapi pandemik COVID-19.

Menurut Pengurus Georgeous Trading Sdn. Bhd., Amelia Tiu, ramai yang hadir bagi mendapatkan keperluan makanan yang diperlukan dan setiap seorang terhad kepada dua jenis makanan sahaja.

“Program ini dilaksanakan secara dua sesi iaitu sesi pagi bermula dari 9 hingga 11 pagi dan  sesi petang bermula 3 hingga 6 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang turut turun padang mengagihkan bantuan makanan tersebut. –EDISI UKAS

Share
0

add comment