Sumbangan Makanan Buat Petugas Di PPV BCCK Menerusi Program Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak

SABTU, 10 JULAI 2021

KUCHING : Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menghadiri Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani, anjuran Jabatan Pertanian Sarawak, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), pada Jumaat.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam program itu telah menyampaikan sumbangan makanan kepada para petugas barisan hadapan di PPV berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau difahamkan bahawa program berkenaan sehingga kini dilaksanakan dengan baik oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sejak tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan akibat COVID-19.

Selaras dengan program, Majlis Peladang Prihatin Sarawak merupakan salah satu aktiviti di bawah komponen Program Pembelian dan Pengedaran Hasil Tani oleh PPK yang sedia ada yang mana proses pembelian kekal sama seperti sebelum ini, iaitu mempromosikan hasil produk tempatan, mempergiatkan pemasaran PPK termasuk sumbangan penghargaan.

Hadir sama, Pegawai Pertanian Bahagian Kuching,Chong Mui Sia, wakil kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak,Baijury Dzulhizam Spawi dan wakil kepada Residen Bahagian Kuching,Claudia Kassim. -EDISI UKAS

Share
0

add comment