192 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Penduduk Kampung Mongkos

AHAD, 11 JULAI 2021

SERIAN: Prihatin dengan kekangan yang dihadapi penduduk Kampung Mongkos yang dikuarantin, pihak Pengurusan Ladang Sawit SALCRA Mongkos 1 tampil menyumbangkan sebanyak 192 bakul makanan untuk diagihkan kepada ketua-ketua isi rumah yang terjejas.

Pengurus Ladang Sawit SALCRA Mongkos 1, Mac Shermon Moris berkata, usaha seumpamanya adalah menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meringankan beban keluarga yang terjejas ekoran tidak dapat keluar bekerja.

Katanya, adalah menjadi tanggugjawab mereka membantu mana-mana ketua isi rumah yang terkesan akibat dikuarantin.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tebedu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Daerah Tebedu, Joseph Liaw merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan ladang yang prihatin dengan kebajikan keluarga yang terjejas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment