63.09 Peratus Individu Di Sri Aman Sudah Terima Dos Pertama Vaksin

AHAD, 11 JULAI 2021

SRI AMAN: Proses vaksinasi di Bahagian Sri Aman telah mencapai 63.09 peratus penduduk bagi dos pertama vaksin COVID-19, manakala untuk dos kedua pula 23.89 peratus daripada penduduk yang layak setakat ini.

Manakala, bagi Daerah Sri Aman pula, seramai 38,128 individu telah menerima dos pertama dan 13,710 individu telah melengkapkan dos kedua.

Untuk rekod, Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Bahagian Sri Aman kini telah memasuki fasa ketiga.

Dianggarkan seramai 400 individu dalam kalangan warga emas dan ibu mengandung menerima suntikan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman pada Sabtu.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment