700 Orang Individu Divaksinasi Di Kampung Segedup

AHAD, 11 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 700 orang individu divaksinasi menerusi program ‘outreach’ di Kampung Segedup di sini pada Sabtu dan Ahad.

Tinjauan yang dilakukan mendapati program imunisasi itu berjalan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, rata-rata penerima merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang menyediakan vaksin secara percuma.

Tindakan seumpamanya akan merealisasikan hasrat kerajaan Sarawak mencapai imuniti kelompok menjelang hujung Ogos ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment