852 Lagi Penduduk Daerah Lundu Lengkapkan Vaksinasi COVID-19

AHAD, 11 JULAI 2021

LUNDU: Seramai 906 orang penerima vaksin hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu pada Ahad dengan 852 orang melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Manakala, bagi 54 orang lagi, mereka telah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19.

Semasa tinjauan, program vaksinasi berjalan dengan lancar serta terkawal walaupun dalam suasana hujan lebat di pekarangan dewan.

Setakat 8 Julai 2021, seramai 19,042 orang telah divaksin selurang-kurangya dos pertama daripada 24,198 orang yang layak menerima vaksin

Ianya menjadikan peratusan orang yang telah divaksin di daerah Lundu adalah kira-kira 79 peratus daripada jumlah yang telah mendaftar.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu pula menyasarkan untuk memvaksinkan kesemua yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi mencapai imuniti kelompok. -EDISI UKAS

Share
0

add comment