ADUN Kedup Serah Cek Peruntukan Khas RM10,000 Kepada SK Mapu

AHAD, 11 JULAI 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben menyerahkan cek peruntukan khas Perdana Menteri Malaysia berjumlah RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Mapu pada petang Sabtu.

Beliau telah menyerahkan cek itu kepada Guru Besar SK Mapu, Nebin Nasa dan disaksikan oleh Pengerusi Majlis Guru Besar, Bahagian Serian, Janie Limin, Yang Dipertua PIBG SK Mapu, Fleming Sinteng dan Ketua Kaum Kampung Mapu Kijabu, Kulin Pi-e.

Dalam perjumpaan ringkas itu, ADUN juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan sekolah di atas komitmen dan pencapaian yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Beliau juga dibawa untuk melihat tapak cadangan bagi pembinaan sebuah dewan terbuka yang boleh digunakan sebagai tempat perhimpunan dan pelbagai aktiviti lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment