AHAD, 11 JULAI 2021
KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian meluangkan masa melihat Program Vaksinasi Bergerak di Dewan Masyarakat SUPP, Sungai Tengah pada Sabtu.
Dianggarkan seramai 2,000 penerima dari Sungai Tengah Batu 7-9, Taman Dusun, Taman Malihah, Taman Alamanda dan taman-taman yang berdekatan menerima vaksin pada hari tersebut.
Seramai 57 petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Petra Jaya telah terlibat dalam menjayakan Program Vaksinasi Bergerak berkenaan.
Hadir sama mengiringi Dato Sri Dr Sim ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Senator Dr Zaiedi Suhaili.-EDISI UKAS