Jambatan Sungai Merbong Mulai Memberi Manfaat Kepada Penduduk Setempat

AHAD, 11 JULAI 2021

BATANG AI: Jambatan Sungai Merbong di kawasan Batang Ai yang dibangunkan oleh kerajaan Sarawak mulai memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh mengadakan lawatan pemantauan terhadap projek jambatan sungai merbong di sini.

Menerusi tinjauan itu, jambatan tersebut sudah dapat dilalui dan penduduk setempat tidak lagi menggunakan jambatan gantung untuk ke rumah panjang mereka.

Malah, apabila projek berkenaan siap sepenuhnya kelak, ia juga akan memberi keselesaan kepada semua kakitangan dan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbong yang merupakan sekolah berasrama.

Hadir sama mengiringi Datuk Dr Malcolm ialah, Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai, Pegawai Daerah Lubok Antu, Richard Ngumbang serta pegawai kerajaan lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment