Sarawak Bersedia Memasuki Fasa Kedua PPN

AHAD, 11 JULAI 2021

KUCHING: Sarawak bersedia untuk memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negera (PPN) pada minggu depan sekiranya berjaya memenuhi tiga nilai ambang yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, program vaksinasi di Sarawak menunjukkan kejayaan kerana semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membantu mempercepatkan proses vaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok sebelum penghujung Ogos seperti yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Malah katanya, kerajaan negeri juga menyasarkan sebanyak 50 peratus rakyat akan menerima suntikan dos kedua pada 22 Julai ini.

Bercakap ketika ditemui media semasa Program Vaksinasi Bergerak di perkarangan SJK Chung Hua Bt.10 pada Sabtu, beliau menambah, meskipun bersedia memasuki fasa kedua, semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang serta pegawai kerajaan lain. -EDISI UKAS

Share
0

add comment