Seramai 2,395 Individu Sudah Divaksinasi Di Pantu

AHAD, 11 JULAI 2021

SRI AMAN: Setakat ini, seramai 2,395 individu sudah menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu.

Malah, tinjauan yang dilakukan pada Sabtu mendapati seramai 400 orang lagi menerima suntikan dos vaksin yang kedua.

Tinjauan juga mendapati program imunisasi di PPV Dewan Sri Pantu berjalan lancar dan terkawal.

Para penerima vaksin juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment