26 Keluarga Terima Bantuan Makanan Daripada Kumpulan Syarikat Uniglory

ISNIN, 12 JULAI 2021

TATAU: Sebanyak 26 buah keluarga di Daerah Tatau menerima bantuan makanan sumbangan Kumpulan Syarikat Uniglory pada Ahad. 

Sumbangan telah disampaikan Pemancha Daerah Tatau Gerosen Jubin kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR). 

Menurut Pemanca Gerosen, bantuan makanan ini adalah merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Syarikat Uniglory bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Agihan bantuan berjalan lancar dan setiap KIR yang menerima bantuan mengucapkan terima kasih atas makanan yang diberikan itu. -EDISI UKAS

Share
0

add comment