360 Penduduk Daerah Dalat Dan Daerah Kecil Oya Lengkapkan Pengambilan Vaksin

ISNIN, 12 JULAI 2021

DALAT: Seramai 360 penduduk sekitar Daerah Dalat dan Daerah Kecil Oya menerima vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Dalat pada Ahad.

Program bermula dari jam 8 pagi dan berakhir sekitar 12.30 tengah hari kerana semua penerima dos kedua yang dijadual pada sebelah petang dianjak ke sebelah pagi.

Ketika ditemui, rata-rata penduduk bersyukur kerana telah melengkapkan dua dos suntikan dan amat berterima kasih kepada semua yang terlibat membantu memudahkan urusan mereka.

Malah, mereka hadir di PPV itu dengan penuh semangat dan teruja untuk melengkapkan dos vaksin demi melindungi diri dan masyarakat sekeliling. – EDISI UKAS

Share
0

add comment