481 Orang Terima Suntikan Vaksin Di PPV Dewan Suarah Matu

ISNIN, 12 JULAI 2021

MATU: Seramai 480 orang menerima suntikan vaksin dos kedua dan seorang lagi menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu pada Ahad.

Manakala seramai 282 orang penerima suntikan vaksin dos kedua hadir di PPV Klinik Kesihatan Daerah Kecil Igan yang melibatkan penduduk sekitar Igan dan Batang Igan.

Petugas barisan hadapan PPV tersebut memastikan proses vaksinasi berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, penerima vaksin ketika ditemui berharap agar keadaan kembali pulih dan dapat menjalani rutin harian seperti sebelum penularan COVID-19. – EDISI UKAS

Share
0

add comment