499 Orang Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua Di PPV Dewan Sri Pantu

ISNIN, 12 JULAI 2021

SRI AMAN: Seramai 499 orang penduduk menerima suntikan vaksin dos kedua jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Ahad.

Ianya merupakan hari kelapan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diadakan di PPV tersebut menjadikan jumlah penduduk yang telah menerima suntikan vaksin dos kedua adalah seramai 2,894 orang.

Petugas barisan hadapan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)memastikan proses vaksinasi berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment