59 Penduduk Dari 7 Rumah Panjang Terima Suntikan Vaksin

ISNIN, 12 JULAI 2021

TATAU: Seramai 59 penduduk dari tujuh buah rumah panjang di Daerah Tatau telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama dan dos kedua dalam Program Outreach Vaksinasi pada Ahad. 

Mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rh Ulen, Nanga Tekalit. 

Sementara itu, penduduk dari Rh Abong menerima suntikan vaksin dos kedua lewat daripada temu janji asal disebabkan mereka baharu sahaja selesai menjalani kuarantin. 

Turut menerima vaksin, penduduk dari Rh Ulen, Rh Joseph, Rh Enjan, Rh Gundi, Rh Rundi dan Rh Michael Junus yang menerima suntikan vaksin dos pertama. 

Sementara itu, Lanting Dundang dari Rh Ulen, Nanga Tekalit, 96 tahun merupakan penerima vaksin tertua dalam proses vaksinasi ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment