ISNIN, 12 JULAI 2021
LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menyerahkan bantuan makanan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tuai Rumah Ajut pada Sabtu.
Sumbangan makanan itu telah disampaikan Kaunselor Adison yang mewakili ADUN Batu Danau kepada Pegawai Kesihatan Limbang Dr. Nurliza Jusoh.
PPV Dewan Masyarakat Tuai Rumah Ajut ini merupakan salah satu daripada Program Outreach Vaksinasi Pusat Kesihatan Bahagian Limbang untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.
Ianya mula dibuka pada Sabtu dan hanya beroperasi selama dua hari sahaja dengan menyasarkan seramai 420 orang penduduk kampung menjalani proses vaksinasi daripada 11 buah lokaliti yang terlibat. -EDISI UKAS