ADUN Bukit Begunan Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Punggu Tapang

ISNIN, 12 JULAI 2021

SERIAN: Prihatin dengan musibah yang dihadapi mangsa-mangsa kebakaran di Punggu Tapang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menyerahkan sumbangan kepada mereka pada Isnin.

Beliau telah menyerahkan bantuan makanan dan wang tunai kepada mangsa-mangsa terjejas.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan bantuan RM5,000 sepintu untuk tiga keluarga yang terjejas akibat kebakaran itu bagi mendirikan semula rumah dan bantuan seterusnya akan menyusul.

Datuk Mong turut menasihati penduduk agar sentiasa mengambil langkah berjaga semasa memasak terutamanya pada musim kemarau. -EDISI UKAS

Share
0

add comment