ADUN Layar Terus Turun Padang Sokong Program PPV Bergerak Betong

ISNIN, 12 JULAI 2021

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu meneruskan sokongan beliau dengan turun padang menyantuni penduduk yang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di kawasannya.

Pada Ahad, beliau sekali lagi hadir memberi kata semangat kepada penduduk untuk Bersama-sama memerangi pandemik COVID-19 semasa hari keempat program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Betong di Klinik Kesihatan Nanga Mujau, Spak, Betong.

Para penerima pada hari tersebut merupakan penerima dos kedua yang melibatkan 200 orang penduduk dari lima buah rumah panjang Mupoh Baruh, Gerugu, Jelang, Engkalat dan Kabok.

Terdahulu program tersebut juga melibatkan penerima dari rumah panjang lain termasuk Nanga Mujau, Luing, Ijok dan Penyuin pada 4 Julai (100 dos), Perdu, Muman dan Nanga Tapeh, 6 Julai 2021 (160 dos) manakala Kerapa, Merunjau, Temedak, Melanjan dan Mupoh Atas pada 8 Julai 2021 (270 dos).

Sementara, salah seorang penduduk dari Temedak, Spak, Gladys Bulau Chagat Ketika ditemui merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan ADUN Layar yang telah mengusaha mewujudkan PPV Bergerak untuk penduduk di pedalaman.

Turut senada, James Lanchang dari Kabok, Spak turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas insitiaf tersebut dan beliau juga menggesa penduduk lain tidak ketinggal mendapatkan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment