ADUN Mambong Serah Cek Sumbangan & Cek MRP

ISNIN, 12 JULAI 2021

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menyempurnakan penyerahan cek sebanyak RM16,600 kepada Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Jawa Gunda, Siburan di Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong, pada Isnin.

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban umat Islam semasa melakukan ibadah korban tidak lama lagi.

Dalam pada itu Datuk Dr Jerip turut menyerahkan cek geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antaranya ialah Jawatankuasa Penduduk Islam Perumahan (RM4,000), Jawatankuasa Penduduk Islam (RM6,300) untuk aktiviti hari raya, JKK Kampung Cina Siburan (RM10,000), JKK Kampung Pekan Siburan (RM10,000), Persatuan Kesedaran Kanser Wanita (RM10,000).

Sementara itu, beliau berharap, dana yang disalurkan dapat membantu JKKK dan NGO terbabit melaksanakan aktiviti mereka sepanjang tahun. -EDISI UKAS

Share
0

add comment