Ahli Parlimen Serian Serah Bantuan Bakul Makanan

ISNIN, 12 JULAI 2021

SERIAN: Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Dr Richard Riot Jaem melakukan simbolik penyerahan bakul makanan kepada kampung yang terlibat pada Isnin.

Menurut Dato Sri Richard, pengagihan bakul makanan tersebut telah bermula pada Ahad.

“Seramai 3,000 ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan tersebut melalui ketua kampung, tuai rumah, kapitan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Timur (Jepun, Korea Selatan dan Taiwan) memohon maaf kerana bilangan mereka yang bakal menerima bakul makanan ini amat kecil iaitu purata 10 KIR bagi setiap kampung. Ini disebabkan peruntukan RM300,000 ini tidak dapat membenarkan mereka menambah bilangan penerima. –EDISI UKAS

Share
0

add comment