Datuk Aaron Ago Dagang Tinjau PPV Dewan Suarah Sri Aman

ISNIN, 12 JULAI 2021

SIMANGGANG: Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang turun padang melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Sri Aman.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau proses vaksinasi dalam memastikan operasi di PPV berjalan lancar dan mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok.

Beliau berasa bangga dengan jumlah penerima vaksin di PPV Dewan Suarah Sri Aman semakin meningkat.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Paul Sazin, Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai dan wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr. Mohamad Amin Shamsudin. –EDISI UKAS

Share
0

add comment