ISNIN, 12 JULAI 2021
SERIAN: Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Serian melakukan simbolik penyerahan sumbangan minuman kepada 50 petugas kesihatan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Serian pada Isnin.
Simbolik penyerahan telah dilakukan oleh wakil Pegawai Penerangan Daerah Serian kepada Residen Bahagian Serian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPPB) Serian, Tuah Suni.
Sementara itu, ‘Info On Wheels’ merupakan program Jabatan Penerangan Malaysia yang dilakukan secara bergerak untuk mendekati rakyat bagi menghebahkan pematuhan SOP COVID-19, PKP serta pengambilan vaksin.
‘Info On Wheels’ tertumpu ke lokasi tumpuan orang ramai di bandar, pinggir bandar dan luar bandar termasuk pasar, bazar, taman perumahan dan sebagainya.
Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Muhibbah, Taman Pasir, Primier Park , Taman Merryland, Taman Avenue Height dan Kampung Kemayau. -EDISI UKAS