Lagi 70 Set Bantuan Makanan Diagihkan Di Padungan

ISNIN, 12 JULAI 2021

KUCHING : Sejumlah 70 set lagi bantuan bekalan makanan telah disampaikan kepada keluarga mahupun individu yang mempunyai kesukaran hidup di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan.

Ia berikutanpermintaan dan laporan yang diterima oleh Pusat Khidmat DUN Padungan yang mana rata-rata penerima amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan benar-benar memerlukan bantuan segera.

Proses pengagihan makanan turut disertai Kapitan Lee Peck Cheng, Cr Bong Lian Huan dan Cr Jong Yean Pin, bertempat di Jolibee Cafe pada Ahad. -EDISI UKAS

Share
0

add comment