Penduduk Rumah Hendry Iboh Terus Laksana ‘Community Policing’ Cegah Penularan Wabak COVID-19

ISNIN, 12 JULAI 2021

MARUDI: Dalam terus memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 ini dapat dibendung, penduduk rumah panjang digesa terus mempraktikan amalan ‘Community Policing’ di kawasan rumah masing-masing. 

Menurut Tuai Rumah Hendry, program ini telah lama dijalankan dan kini diteruskan di rumah panjang mereka. 

“Kami sentiasa mengadakan sanitasi sendiri di kawasan ‘ruai’ masing-masing bagi memastikan bahagian luar rumah bersih dan juga penghuni rumah panjang mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

“Selain itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka juga belum menerima kedatangan orang luar masuk ke rumah panjang. 

“Setiap penduduk juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan rumah sendiri untuk mengehadkan pergerakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lugan Tungga Marudi pada Ahad. 

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi telah mengarahkan supaya kampung dan rumah panjang di bawah pentadbirannya untuk lebih peka dengan keadaan semasa dan sentiasa melaksanakan ‘Community Policing’. 

Program yang sedia ada hendaklah dipertingkatkan tahap penguatkuasaan supaya ianya memberikan impak yang lebih baik sekaligus melindungi keselamatan penduduk. -EDISI UKAS

Share
0

add comment