Pengagihan Bantuan Makanan PEMULIH DUN Batu Danau Berjalan Lancar

ISNIN, 12 JULAI 2021

LIMBANG: Proses pengagihan bantuan makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Parlimen Limbang diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau. 

Ianya mula dilaksanakan sejak 9 Julai lepas dan diselaraskan di bawah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Limbang dan dibantu Pusat Khidmat ADUN Batu Danau bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang.

Pada Ahad, sebanyak 271 bakul makanan telah diagihkan kepada penerima melibatkan 56 buah lokaliti. 

Antara barangan makanan yang diberikan ialah beras, Milo, gula, biskut, garam, bihun, minyak masak dan lain-lain.

Setiap proses agihan bantuan makanan berjalan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment