Petugas Di PPV Dewan Johnical Rayong Skim Skrang Terima Bakul Makanan Sumbangan PPK

ISNIN, 17 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 35 petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Johnical Rayong, Skim Skrang  telah menerima sumbangan bakul makanan berupa buah buahan daripada Petubuhan Peladang Kawasan (PPK), Jabatan Pertanian Daerah  Engkilili, pada Isnin.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Tadbir Bahagian Sri Aman, Siti Haryani yang mewakili Residen Bahagian Sri Aman, bertujuan menghargai sumbangan para petugas disamping mempromosikan hasil produk tempatan serta mempergiat pemasaran PPK.

Difahamkan, program tersebut merupakan salah satu daripada kerja amal sosial oleh PPK kawasan yang menyedia dan menghantar hasil ladang ke lokasi yang terpilih. -EDISI UKAS

Share
0

add comment