Seramai 884 Individu Dari Zon 2 Pangkor Terima Vaksin Di PPV Bergerak Di Kampung Lubok Buntin

ISNIN, 12 JULAI 2021

GEDONG: Seramai 884 orang penduduk di Zon 2 Pangkor DUN Gedong menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Lubok Buntin.

Tinjauan pada Isnin mendapati, pemberian suntikan vaksin jenis Sinovac itu melibatkan warga emas, golongan yang berisko dan orang awam .

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Dato Sri Nancy Shukri dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan sederhana Datuk Mohd Naroden Majais dengan kerjasama pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memberikan sumbangan makanan dan minuman kepada sukarelawan dan penerima vaksin di situ.

Penerima vaksin, Saka Dubi, 53, dari Kampung Steman ketika ditemui menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan PPV di kawasan pedalaman sekaligus memudahkan mereka datang mengambil vaksin dan tidak perlu pergi jauh bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Tuai Rumah Kampung Tegelam, David Tungkuh dan Yusop Elong dari Kampung Lubok Buntin pula ketika ditemui menyeru kepada penduduk setempat untuk mendaftarkan diri dan tidak takut untuk mendapatkan suntikan vaksin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment