PPVIN Shin Yang Plywood Bersiap Sedia Mulakan Operasi Pemberian Vaksin

ISNIN, 12 JULAI 2021

MIRI: Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Shin Yang Plywood (sektor Perkilangan) bersiap sedia untuk memulakan operasi Pemberian Vaksin pada 13 dan 14 Julai 2021 ini.

Seramai 1,291 orang pekerja termasuk pekerja tempatan dan asing serta ahli keluarga mereka akan menerima vaksin di PPVIN tersebut. 

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin bersama Penasihat kepada JPBB Miri Senator Dr. Nuing Jeluing, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri dan wakil agensi JPBB Miri telah mengadakan lawatan dan menyaksikan sesi ‘dry run’ di PPVIN itu pada Isnin. 

Ini bagi melihat dan memastikan tahap persiapan proses vaksinasi nanti berjalan lancar dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. -EDISI UKAS