Rubiah Wang Sumbang 5,000 Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas Di Kota Samarahan

ISNIN, 12 JULAI 2021

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang menyumbangkan sejumlah 5,000 bakul bantuan makanan kepada penduduk di kawasan Kota Samarahan.

Penerima bantuan tersebut merupakan mereka yang kehilangan pendapatan berdasarkan senarai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Komuniti dan Pejabat Daerah.

Dalam pada itu, Rubiah Wang telah menambah peruntukan bagi menggandakan senarai penerima bantuan daripada kapasiti asal iaitu 3,000 kepada 5,000 penerima.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas bantuan bagi mengagihkan bantuan tersebut di seluruh kawasan tersebut. –EDISI UKAS

Share
0

add comment