Sambutan Menggalakkan Di PPV Dewan Bomba Bau

ISNIN, 12 JULAI 2021

BAU: Seramai 1,120 penduduk disasarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Bomba Bau.

Tinjauan UKAS pada Isnin, seawal jam 8.00 pagi sehingga 11 pagi,  seramai 620 penerima berjaya menerima vaksin jenis Sinovac.

Manakala pada Ahad, seramai 186 orang telah menerima suntikan dos pertama dan seramai 996 orang lagi berjaya melengkapkan dos kedua.

Selama dua hari pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan di PPV tersebut mendapati sambutan daripada penduduk amat menggalakkan dan rata-raya berasa teruja dan bersyukur kerana berpeluang untuk divaksinasi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment