Sarawak Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai 14 Julai 2021

ISNIN, 12 JULAI 2021

KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersetuju bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 14 Julai 2021.

JPBNS dalam satu kenyataan media pada Isnin memberitahu, garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) ‘Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan: 4 Fasa’ akan dimuat naik bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan dari satu fasa ke fasa berikutnya yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak.

Garis panduan SOP yang terperinci bagi fasa-fasa tertentu dikeluarkan oleh MKN dan dapat dimuat turun dari laman web https://www.mkn.gov.my. –EDISI UKAS

Share
0

add comment